MemartabatkanWarisan SeniSilat Sarawak
Rumpun Silat Sarawak ialah badan induk rasmi persilatan Negeri Sarawak yang menyatukan perguruan, guru, jurulatih dan pesilat seluruh negeri dalam satu ekosistem warisan, disiplin dan pembangunan yang berwibawa.
Berseni · Berbudi · Berbakti

Tentang Rumpun Silat Sarawak
Rumpun Silat Sarawak (RSS) ialah badan induk rasmi persilatan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan membangunkan seni silat di peringkat negeri. Ditubuhkan pada 9 Februari 1987, RSS telah berkembang menjadi organisasi silat terbesar di Sarawak.
RSS diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai Badan Induk Rasmi Persilatan Negeri Sarawak dan juga oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Penaung organisasi adalah YAB Premier Sarawak.
RSS berperanan menyumbang idea, kepakaran, tenaga dan program ke arah pembangunan komuniti yang berdisiplin dan berkualiti, selaras dengan aspirasi dan pembangunan negeri Sarawak.

Matlamat & Tujuan RSS
Menjadikan silat sebagai maruah kebangsaan dan ketahanan nasional yang kukuh dengan ahli yang bermaruah, bersatu-padu, sihat dan berdisiplin.
Menyatupadu Perguruan & Pesilat
Menyatupadu dan mempererat hubungan di antara semua perguruan silat bumiputera dan pesilat di Sarawak.
Memaju Seni Silat Melayu
Memperjuang, memaju dan menyelaraskan Seni Silat mempertahankan diri rumpun Melayu di Sarawak.
Memelihara Warisan Bangsa
Memelihara dan mempertahankan silat sebagai seni warisan bangsa yang perlu dijaga dan diwarisi.
Membina Akhlak & Disiplin
Membina akhlak, peribadi, disiplin, mutu dan daya tahan dalam setiap ahli dan pesilat.
Asas Ketahanan Nasional
Menjadikan silat sebagai asas ketahanan nasional yang kukuh dengan ahli bermaruah, bersatu-padu, sihat dan berdisiplin.
13 Wilayah RSS Sarawak
RSS beroperasi merentasi 13 wilayah, memastikan seni silat berkembang di setiap pelusuk negeri Sarawak.
Kepimpinan RSS Sarawak
Biro Rumpun Silat Sarawak
Biro Kejurulatihan
Program latihan, pensijilan jurulatih dan pengembangan kemahiran.
Biro Teknikal
Teknikal pertandingan, penilaian kemahiran dan wasit-juri.
Biro Perhubungan Antarabangsa
Hubungan antarabangsa dan perwakilan dalam kejuaraan dunia.
Pencapaian RSS Sarawak
SUKMA III
SUKMA IV
SUKMA XVIII
SUKMA XXI
Kejuaraan Kebangsaan ke-21
Program Berskala Besar RSS
Festival Pencak Silat Kepulauan Borneo dan Serantau
Konvensyen Guru-guru Silat Negeri Sarawak Ke-1
Festival Pencak Silat Antarabangsa & Konvensyen Ke-2
Konvensyen Guru-guru Ke-3 & Perasmian Ibu Pejabat RSS
Konvensyen Guru-guru Silat Negeri Sarawak Ke-4
Perhimpunan Guru-guru Silat Negeri Sarawak
RSS Beach Games Mukah
Sarawak Premier International Silat Championship
Aktiviti Rumpun Silat Sarawak
Kunjungan Hormat YTY Yang Dipertua Negeri Sarawak
Konvensyen Guru-Guru Silat
Sidang Agung Ke-15 RSS Sarawak
Kursus Asas Pengenalan Silat
Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024
Ramah Tamah Aidilfitri Wilayah-Wilayah RSS
Portal Digital Rumpun Silat Sarawak
RSS turut membangunkan portal digital bagi memudahkan pendaftaran perguruan, rekod ahli dan pesilat, direktori perguruan, aktiviti, pertandingan, pengesahan data serta penyelarasan pentadbiran.
"Kami berjanji, akan taat setia kepada kepimpinan Rumpun Silat Sarawak."
Memartabatkan seni silat sebagai wadah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara — dengan membela kebenaran, menjaga maruah bangsa, dan membangun generasi pesilat yang bermaruah, bersatu-padu, sihat dan berdisiplin.
Berseni · Berbudi · Berbakti